BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Thursday, February 18, 2016

Post #60 Resipi Mudah Buat Penkek



Lama sungguh tinggalkan blog personal ni. So, hari ni akak nak share satu resipi mudab yang akak dapat dari fb bagaimana nak buat penkek atau bahasa melayunya lempeng yang gebu.

*gambar kat atas tu penkek yang akak buat hujung minggu lepas..sedappp..'masuk bakul, angkat sendiri la akak ni. Hehehe.

Bahan-bahan nya..ni untuk 5 ke 6 keping penkek ye.

Secawan tepung naik sendiri.
Secawan susu cair (suam ye)
2 sudu besar butter (dicairkan)
Secubit garam.
Sesudu kecil baking powder.
Sebiji telur.
4 sudu gula, terpulang nak manis atau kurang manis. (4 sudu ni pun dah manis)

Cara buat:

Campurkan tepung,baking powder,gula,garam dan telur, gaul rata guna whisk (pastikan tiada ketulan tepung lagi).
Masukkan butter yang dicairkan tadi dan gaul lagi sekejap.
Panaskan non-stick pan, letak buttet sedikit.
Tuangkan bahan yang telah digaul tadi keatas pan. Akak guna senduk je.
Balikkan penkek jika permukaan sebelah sudah nampak kekuningan.
Dah siap, sedap kalau dituangkan madu atau sirap coklat. Ikut selera masing-masing la ye.

Akak sediakan bahannya pada waktu malam, bangun pagi dah boleh buat untuk anak-anak sarapan nak pegi sekolah.

Selamat mencuba!

No comments: