BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Wednesday, February 24, 2016

Post #64 Apa Perlu Dilakukan Semasa Banjir



Akak share tips dan panduan dari fb Pusat Gerakan Operasi Sarawak. (Gambar kat atas tu waktu banjir di daerah Serian minggu lepas.)

TINDAKAN YANG PERLU BILA BERLAKUNYA BANJIR

1.) Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.

2.) Ikuti arahan pihak berkuasa.

3.) Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.

4.) Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan.

5.) Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan.

6.) Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti.

7.) Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras.

8.) Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.

9.) Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras.

10.) Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

11.) Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet.

PGO

No comments: