BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Sunday, October 11, 2015

Post #1 ~ SAPA SAYA?

10.10.15

Eeta Sams, ini nama pena saya. Diambil dari singkatan nama penuh saya dan nama bapa saya.

Eeta adalah nama panggilan di kalangan ahli keluarga dan kawan rapat. 
Nama sebenar saya amat unik, seperti nama orang Latin. 
Ianya diberi oleh arwah nenda saya, Hajjah Dolly.
الفاتيه

Saya bukan dalam golongan orang muda lagi. Usia saya dah masuk 4 siri. 
BMW 4 SERIES! Tapi saya masih gemar blogging. 
Dan blog Eeta.Sams ni bukanlah blog saya yang pertama.

Saya start blogging semenjak tahun 2007, dan shopblog saya yang pertama ialah Pretty Mommies. 
Saya memulakan online shop melalui Pretty Mommies dengan menjual pakaian wanita termasuk untuk ibu hamil dan kain kebaya bersulam yang memang ramai peminat!

Selain di blog, saya juga amat aktif di forum seperti forum Wanita Melayu, Ehomemakers, Cari.com dan banyak lagi. Malahan saya juga pernah menjual di eBay Malaysia. 

Selain Pretty Mommies, shopblogs saya yang lain ialah:
> Hati Sihat
> Vitamin Subur

Kesemua blog tersebut adalah blog jualan produk, kecuali blog Pretty Mommies yang kini telah ditambah dengan perkongsian pelbagai info.

Blog Eeta.Sams ini merupakan blog personal saya yang pertama. Dan ianya akan lebih banyak dipenuhi dengan coretan santai dan tentang minat saya. Inshaa Allah.

Terima Kasih.

~Eeta.Sams~

No comments: